BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Click here for Myspace Layouts

Thursday, 3 May 2012

3 Dara Terbang ke Bulan


ni dalam zaman kami dewasa
as salam, hari ini masuk minggu ke 10 aku belajar kelas seni lakon awalan. banyak perkara yg aku da pelajari dari awal sampai hari ini. 


bermula dengan step pensyarah bahagikan skrip dan tajuk yang telah ditetapkan, hingga kini aku masih lagi kekok atau buat kesilapan yang sama. tadi aku perform depan pensyarah, banyak benda yang ditegur. antaranya pembacaan skrip yg tak sama dgn grak badan. tambahan lagi, aku cepat down bila ditegur dan lost. xtau nak mula drpd mana bila ditegur. susah juga nk guna "magic if", concentration, imagination dll la..tpi aku try gak tuk perbaiki walaupun aku rse agak sukar. 


tambahan lagi, pensyarah hari ini dia masukkan elemen "permainan level" sbb perkara inilah yang membuatkan watak dgn watak lain nampak oleh audiens dan setiap watak yang dimainkan tu nampak hidup kalo melibatkan semua yang da diajar oleh pensyarah. 



waktu ni kami tgh berlatih dlm zaman kanak2
kami pun diajar mengenai cara nk switch mood ke mood lain. misalnya camna n bila nk switch mood gembira selepas mood sedih. macam2 lagi la.. antara perkara paling sukar adalah aku kena tukar watak dr dewasa ke kanak-kanak 9 tahun disamping projection suara yang lantang. memang sangat mencabar ilmu baru ni....:)

0 comments: